Salam Ramadhan

Memulakan Ramadhan dengan sakit segala sakit, batuk kokol yang selalu menemaniku.. dan jua kesilapan minum air tea di Natrabu, Jakarta. Dengan segala rasa dalam kepalaku, aku gagahkan jua menuju ke Thamrin City, lewat Khamis yang lalu. Berbekalkan 'panadol activast' yang tidak pernah ku sentuh hampir belasan tahun.. Gagah mencari barang apa adanya yang tidak ketahuan rasanya. Bercelaru, peluh mula menitik tanda kuasa ubat telah meresap.

Penyesalan masih bersarang kerana memilih satu sahaja jubah biru gelap kegemaranku, sewajarnya tiga. Dengan harga yang jauh lebih murah.. huhu. Aku buntu disana. Aku tahu setiap satu kejadian diselangi dengan hikmahNya.

Kejadian di Mangga Dua, sling bag kegemaranku tercicir. Terkilan tiada duka. Mungkin tiada rezekiku untuk membawa dia pulang ke Malaysia bersamaku.

Jakarta agak indah. Sarat dengan mesej dan tinggalan penjajah. Sarinah (Siapa Anti Republik Indonesia Nescaya Akan Hancur) diambil sempena nama pengasuh Soekarno. Aku suka sejarah. Namun dengan keadaan kesihatan yang agak teruk, aku cuma melayan emosi untuk berbaring dan melelapkan mata walau sejenak.

Kami sampai di Malaysia pada Hari Sabtu, 4petang. Tiada siapa menjemput. Tiada siapa jua dirumah. Aku menung dan mengeluarkan segala isi perut beg untuk mengasingkannya. Mata penat ingin beradu namun ku tahan agar besok aku terjaga pada dinihari bukan pada tengah-tengah malam sepi.

Suasana dikawasan rumahku agak meriah, dengan suara zikir, selawat menunggu untuk terawikh bersama-sama.

Selamat Datang Ramadhan.
Ada doa yang ingin ku ajukan padaMu sempena Ramadhan ini,
Nantikan aku pada Ramadhan ke-7.

0 comments:

Birthday Qaseh

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers