Seharian

Seharian mencari.. ku cuba melihat dari arah parking, tempat sama yang selalu menempatkan keretanya..
tiada.. tengahari pon nampak tiada..

kedengaran gema mengatakan ada parcel untukku.. lewat di pantry, mengusik teman-teman yang tidak boleh berpuasa.. mengambil parcel dan keluar dari kawalan dokumen..

Seraya keluar, ku dengar bunyi pintu dihempas perlahan..

kelihatan dia!

mendongak dan cepat-cepat tunduk..

huhuhu.. hampa luluh hatiku..

namun terobat..

biarlah.. pandang keretanya nanti saat pulang..


Salam Ramadhan

Memulakan Ramadhan dengan sakit segala sakit, batuk kokol yang selalu menemaniku.. dan jua kesilapan minum air tea di Natrabu, Jakarta. Dengan segala rasa dalam kepalaku, aku gagahkan jua menuju ke Thamrin City, lewat Khamis yang lalu. Berbekalkan 'panadol activast' yang tidak pernah ku sentuh hampir belasan tahun.. Gagah mencari barang apa adanya yang tidak ketahuan rasanya. Bercelaru, peluh mula menitik tanda kuasa ubat telah meresap.

Penyesalan masih bersarang kerana memilih satu sahaja jubah biru gelap kegemaranku, sewajarnya tiga. Dengan harga yang jauh lebih murah.. huhu. Aku buntu disana. Aku tahu setiap satu kejadian diselangi dengan hikmahNya.

Kejadian di Mangga Dua, sling bag kegemaranku tercicir. Terkilan tiada duka. Mungkin tiada rezekiku untuk membawa dia pulang ke Malaysia bersamaku.

Jakarta agak indah. Sarat dengan mesej dan tinggalan penjajah. Sarinah (Siapa Anti Republik Indonesia Nescaya Akan Hancur) diambil sempena nama pengasuh Soekarno. Aku suka sejarah. Namun dengan keadaan kesihatan yang agak teruk, aku cuma melayan emosi untuk berbaring dan melelapkan mata walau sejenak.

Kami sampai di Malaysia pada Hari Sabtu, 4petang. Tiada siapa menjemput. Tiada siapa jua dirumah. Aku menung dan mengeluarkan segala isi perut beg untuk mengasingkannya. Mata penat ingin beradu namun ku tahan agar besok aku terjaga pada dinihari bukan pada tengah-tengah malam sepi.

Suasana dikawasan rumahku agak meriah, dengan suara zikir, selawat menunggu untuk terawikh bersama-sama.

Selamat Datang Ramadhan.
Ada doa yang ingin ku ajukan padaMu sempena Ramadhan ini,
Nantikan aku pada Ramadhan ke-7.

Annual Concert & Graduation Day

Bismillah.

9 Nov lps tadika sentosa tempat qaseh belajar buat annual concert & graduation day. 
Tak sangka qaseh ok & enjoy menari. Kirenye die pon sporting walaupun nampak macam tak. Hehe.
Qaseh yg paling tinggi, hujung skali




Ni bestfren qaseh katanya, zhian.

Muka ketat je sbb dpt saguhati je.. oklah tu. Janji pegi tadika kan. Budak lelaki sebelah die 
Tu yg paling cengeng sekali..


Zhian suka qaseh dapat hadiah.. bye-bye zhian.. tahun depan qaseh
Dah tadika lain.


Xoxo

Sambutan raya 2013

 Papa with his jubah design sendiri. sendiri jahit
selipar raya.. raya lebih meriah bile dimulakan dgn solat raya


Comel giler adik ni datang beraya dgn jubah putih..
Qaseh memang jadi photographer for the whole day!f

My new nephew

Kakak sulungku selamat melahirkan anak sulungnya pada 6 Jun 2013 pada 6.04am. Seberat 3.22kg. Ari
Selasa tu kami dh bergegas ke ppum sbb kakak ku bgtahu dh bukak 3cm. Seb baik bleh masuk lagi walaupun telah melepasi masa melawat. Sempat lar borak2 sekejap.

Pastu lepak kat Syed Bistro, Kelana Mall. 
Ni qaseh & ami


& ni baby baru

 

Tips Diet

Tajuk mcm kan pro sgt kann.. hihi. Berat aku menten 62kg selama 5 bln ni. Alhamdulillah. Walaupun ada gak mkn mlm.. still berat menten.

Pertama skali awal thn aritu aku start dgn kurangkan mkn, jogging 3 kali seminggu & pakai felinna inchloss. Bulan pertama berat aku dh turun ke angka 65 dari 68. Bulan kedua aku up sket.. amik alfalfa. Mkn oat, tak minum air manis. Hasilnya berat aku 62kg. Ramai yg perasan aku dh kurus. Tp target tak sampai lagi. 60kg. 

So, bulan june ni aku nk start blk. Tak mkn mlm just amik buah jer, minum air manis sekali sehari jer, minum 2.5 liter (25 kg 1 liter air), jogging blk.. kalau tak pon cycling. Buat sit up utk perut. Puasa isnin khamis. Pagi mkn Oat. Tghari mkn nasik separuh, lebihkan sayur, air suam. 

Tunggu update aku akhir bulan june. 

Lupa.. seminggu sekali herb lax utk cuci usus & detox.

Aksi Qaseh

Rindu

Allahyarham Mahmood bin Hassan yg dirindui selalu..
Moga Tokwan tenang disana.. 



Rinduu sangat ;''(

Birthday Qaseh

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers