Saje sembang

Aku saje nak sembang2. Ada aktiviti tapi aku tak update, sbb aku tahu blog ni cuma untuk luahan aku jer.
Ada berita gembira yang terjadi minggu, berita gembira itu milik opismate aku. Mereka pregnant for 5 or 6 weeks! Alhamdulillah.. belum lagi rezeki untuk aku. Aku redha dan berserah padaNya.

Aku tak tahu kenapa aku mimpi buruk sejak kebelakangan ni. Mimpi2 yang tidak sepatutnya berlaku. Mood pon swing, *nak datang bulan kot*. Semalam aku pegi pam hidung. Fuh. Memang power. Pas setengah jam je aku dah lentok. So, malam ni nak basuh baju dulu, pastu baru pam. Settlekan qaseh dulu.

Aku not in mood untuk dtg keje. Susah betul aku nak bangun. Liattt sangattt. Kalaulah semua hutang aku dah settle, bleh je aku lepak kat umah. Jaga qaseh, jadi FHW. Tapi tulah. Hutang belum settle, target aku dalam 3 thn lagi.

Visi aku pula adalah, tidak lagi membeli baju lengan pendek & singkat. Aku cuma akan beli baju lengan panjang dan labuh melebihi punggung. Baju lengan pendek pakai kat rumah jer. Baju senteng still ada lagi, tapi aku nak beli inner yang labuh tu untuk cover bontot. Selendang aku yang nipis dan pendek jugak aku akan asingkan. Banyak keje nak buat kat rumah, nak alihkan perabot. Nak betulkan bilik, nak kemas. Huh!

Adik aku akan konvo on her birthday pada 14 Oct ni, jadi mak ayah aku pon akan datang sama. Nak setup sket rumah, kalau boleh tak nak lar balik pilah dulu. kalau balik pon ahad ni jelah. pastu aku ada banyak benda nak buat. Sbb kalau balik apa-pon-tak-boleh-siap!



Haha. Aku tak marah pon but i want space. Wink!

Raya!

Lambat benor nak cerita pasal raya kan.. takpelah. Mood baru maiiii..

Tahun ni aku raya kat Kg Tulang Rimau selama 4 hari 3 malam. Huhu. Sebelum tu mmg dah rasa sedih, biasalah raya dinegeri orang. Kire kali ke3 ni dah ok sket lar, berbanding 4 thn yg lepas. Hahaha.

Kami sampai sehari sebelum raya kul 1.30 tghari. Tau? Perjalanan cuma 2 jam sahaja, itupon ada jammm kat Ulu Bendul sket. Kalau tak, sejam suku dah sampai. Fuhh.. Ahli keluarga yang ada tahun ni, Mak, Adik, Uda, Family Alang & Family aku jelah. Setiap tahun mcm tu, nasib ler sape yg beraya kat sana thn dpn sbb tinggal family yg tak best jee... hahahha. tapi thn dpn ada baby makcik, best jugak laa..

Ptg sket dah prepare untuk masak berbuka, seronok jugak lar dgn air tembikai angah (laki den). Lomang dah siap, alang yang siapkan. Kitorang tak pernah bakar lemang sbb slalu balik sehari sebelum raya jerrr..
Oh. Tahun ni aku menjadi chef sbb kak lang die mabuk, tgh pregnant 2 bulan anak yang kedua. So, aku ler masak untuk breakfast dan lunch gitu. Terima jelah ye. Chef tak terer mane. kikiki..

Pagi raya, mak & angah dah pegi sembahyang raya. Yang paling mengujakan adalah qaseh bangun kul 7.30 pagi dan trus nak mandi! walaweh. aku pon blum mandi lagi masa tu. Kul 9 die dah siap dgn baju kurung merah dan bunga besar kat kepala. Bila semua ada kat rumah, family fira yg first dtg umah. Pastu kami gerak ke umah busu ( jalan kaki je, sebelah rumah).. kat sana ada mihun, sup tulang, nasik, rendang. Yummmy! kami makan kat situ jelah. kat umah aku dah masak ayam masak merah untuk lunch. Pas balik, bersusun org dtg umah, sampai lar ke ptg. Ptg tu kami ke rumah Pak Ngah kat Tampin. Dok sana sampai 8.30 pastu balik. Pas mandi segala, buat plak persidangan, mak, aku, alang & adik. Laki den pegi beraya umah kawan2 die sbb qaseh dah tdo. Bersembang sampai lar kul 12.30. Baru ler semua tdoooo..

Pagi raya kedua, aku goreng nasik untuk alas perut pagi tu sbb nak gerak ke felda untuk beraya. Sekali ada family datang nak beraya. Stay lar kejap. Balik je diorang trus kitorg gerak. Kat umah pertama tu kitorg makan nasik. Pastu pegi umah kedua & ketiga. Sampai umah dalam kul 10 malam. Mandi2, apalagi takde persidangan apa dah, semua dah letih.. tdo jelah.

Raya ketiga, hari untuk bersenang-senang. Niat aku nak goreng bihun tapi lambat plak pegi beli. So, family alang rupenye dah nak balik tengahari tu, jadinya mereka kul 11 dah bersiap nak masak. Makan awal lar tengahari tu. Masa diorang nak bergerak tu hujan lebat, tapi diorg gerak jgk. Emm.. Turn aku goreng bihun ptg tu, makan pon dh lewat. Kitorang gerak balik ke kajang dalam kul 9.30 pm, kul 11.20 dah sampai.

Dikejutkan dengan berita alang eksiden kat jeli. takpelah, sikit je tu. kalut sangat nak balik tadi.

Tu jelah cerita raya aku, mr. k seronok ler raya kg die. takpelah. tahun dpn aku raya sakan nooo...

cendol

cendol kat seksyen 1 bangi

tak ingat kitorang selisih faham pasal ape..
tapi bile singgah tempat cendol ni..
mr k makan dulu..
aku telan liur jer.
skali die sms..
nak ke cendol?
nak lerrrrr..
:)

Berikan aku secebis rasa

craving for this

Citenye kitorang berbuka 2 hari kat dangi. mak aiii.. dahaga betul..
mr. k sampai abiskan setengah jug air tembikai
tak pernah rasa dahaga mcm ni.
panasa betul kat sana
betul2 dugaan berpuasa ler kat sana..
ahad ni nak balik sana, nak pasangkan langsir..

Syahdu di Dangi

Weekend lepas aku balik Dangi, tak tahu kenapa, perasaan tenang meresap kedalam jiwaku. Aku rase sangat selesa disana, berbeza dengan sebelumnya. 2 hari 1 malam, penuh dengan keceriaan. Aku dan mil memasak untuk berbuka hari kedua bersama-sama. Seronok. Mak rupenya jenis yang tak sure nak masuk apa dalam masakan yang dia tak terer. Hehe.

Annisa tu sangat annoying. Sebaya qaseh tapi muda 6bulan. Manja melebih! Bapaknya pon sama naik mempertahankan die. Kesian kakaknya. Siap ler aku balik nanti, aku nak belikan baju raya untuk kakaknya, baju sekolah dan peralatan sekolah untuk kakaknya. Hahahah.. teruk betul gaduh ngan budak. Bukan apa, annoyed lar die tu, mulut bleh tahan, aku memang tak suka budak yang baru pandai bercakap pastu melebih-lebih. Memang ler budak.

Perkataan2 die - Eleh. Diam. Asyik Qaseh jer. Wan ni sayang qaseh je eh.

Letih aku dengar. Plan nak balik seminggu sebelum raya tu, nak setup langsir dan beli karpet. Tahun ni aku raya dangi, dalam 4 hari. :)

Marilah Berdiet

Dulu berdiet-diet ni tidak pernah wujud dalam kamus hidup aku. Masa form 3, berat aku 57kg, kenapa aku  berat mcm tu sbb kwn baik aku sgt chubby dan dia hari-hari belanja aku makan nasik sup & aiskrim! Mana aku tak membesarrrrr.. Asyik lar aku kena perli ngan makcik aku masa tu.. Terasa dalam ati ni..

Awal form 4 aku masih lagi menten dalam 55-57kg mcm tu, still nampak chubby..akhir form 4 tu dgn aktiviti lasaknya, aku turun sampai 50kg..masuk form 6, aku menten berat 48-50kg. Tak terlebih dan terkurang. Berat 50kg ni aku pegang sampai aku umur 25thn. Lepas 25 tu, aku dah asyik kuar dating malam, makan tengah2 malam.. menjadikan berat aku 55kg. Rutin harian aku sebenarnya, tghari mmg makan nasik mcm biasa, tapi malam aku jarang mkn nasik, aku makan roti jer. *jimat bajet*

Aku risau mase tu sbb dah nak kawen, diet lar sket.. so, dalam baju pengantin, berat aku 53kg. 3 bulan pertama kawen, berat aku naik sampai 10kg, menjadikan aku 63kg. Mana taknya, aku menumpang umah makcik aku setahun, dinner kul 9.30. kul 11 dah tido. Menyesal betul aku masa tu.. bila 10bulan aku kawen, tak pregnant lagi.. aku diet sket.. aku makan awal, dalam kul 7. Berat aku turun sampai 57kg. Then aku pregnant 2 bulan selepas tu..

Now, 20 July lepas berat aku 67.8 *mcm berat baru pas delivery je*. Berkat puasa dah 11hari, aku turun ler sampai 65.5kg. Aku nak sampai 60kg jer. 60kg pon dh ok. Masalah berat skang stuck kat 66kg.

Huhu. Buka puasa dah kurang makan nasik. Aku nak mulakan dgn minum air masak, makan epal, pastu solat.. rehat jap, baru makan nasik. Harap2 sempat ler lagi 20hari turun lagi 6kg! Chaiyokk!!!

Pengalaman Bersalin

Aku baca pengalaman bersalin dari satu blog ni.. anak dia baru 5 bulan, of cos die bleh ingat setiap detik kelahiran. aku? dah hampir 3thn setengah. *dah dulu kenapa ko tak tulis dan simpan*.. hihi..

Ini seingat aku lar kan.. Aku mula rase sakit kontraksi pada 5 Jan 2009. Aku dah mula tido kat bawah sbb mr. k dah letak katil spesel untuk aku kat bawah. Bergolek2 aku pagi tu, sakit tu tak terasa sangat.. aku ingat kesan aku batuk kuat sebelum tu.. Mr. k tanya nak pegi keje tak.. aku geleng2 kepala bgtahu sakit. Die trus pegi keje *sbb masa ni mak aku baru balik haji, ada kat umah makcik aku*

pas mandi dan kemas2 rumah, terdetik dalam hati aku, adakah masanya telah tiba? aku call makcik aku mintak amikkan aku kat umah. tak silap tengahari.. lunch kat umah die  pastu aku baring2 dalam bilik ngan mak aku. Aku bgtahu aku sakit perut, mak aku cakap maybe salah makan kot. *sbb due date aku lambat lagi, 18hb* sakit tu makin kerap, bila aku masuk toilet, ada darah pekat kat pantyliner aku. Aku bagitahu mak aku dan die suruh aku trus call mr. k, mintak datang amik. Masa tu dah 5pm. *jimat cuti die sbb dah time balik koje*. Makcik aku plak suh aku makan big apple, abih lar jgk 2 ketul. Tak silap mr. k datang kul 5.40 then trus kami ke KPMC.

Sampai je KPMC, register sume bagai, trus masuk ward. Aku nak bilik sorang..hihi *wah.demand ko jah. kompeni tanggung, layan jelah*. Salin2 baju bagai, baring. Ku 7.30, doc datang check jalan. 1.5cm je!
Huh! *aku takde pengalaman masa ni, kalau doc lain mmg suh balik je.. tp mungkin sbb dah kluar darah awal*. Tanpa tanya ngan aku, trus doc tu nak induce aku. Misi datang inject tangan kul 8. Aku rileks lagi, sipa bleh main sms. Masa ni mr. k dah balik untuk mandi & makan *umah aku dgn KPMC ni 10min je*. Aku rilekkss.. pastu *misi tu jeles gaknye*.. die inject aku skali lagi kul 9pm. Huhu..

Kul 10 aku dah meronta-ronta, berguling2 atas katil. Aku cepat2 suruh mr. k datang. Die plak datang dgn adik & iparnya. *alahai..korang buat ape kat sini? ingat pesta ke?* aku siap cakap suruh diorang balik je, aku tgh bergelut dgn kesakitan ni wehhh..*tapi aku cakap dgn mr. k jelah*

Begitulah keadaan aku..meronta2 sambil mintak maaf dgn mr. k. Jam 11.30, misi datang cek, dah buka 4cm. Die kata tak lama lagi. Aku tanya berapa lama lagi patut aku tunggu. Misi tu mcm takut2 je, die cakap sekejap je puan, sabar ye. Huuuuu...*oh masa misi offer epidural, aku tak amik.. aku amik pain killer.

12.30 tgh malam.. Hiiiii..  Misi datang seluk lagi, dah 6cm. Terus tolak aku ke labour room. Erk? 6cm dah tolak.. Masa ni mr. k dok sebelah aku.. ada 3 org misi. Misi yang jeles tadi tu, agak keras sket lar suara die. yang lagi 2 tu ok. Aku makan kurma, minum air selusuh. Kesakitan yang tidak ketahuan.. lama tu aku rase ngantuk.. dan nafas aku mula mencungap, aku rase kesan painkiller yg aku amik. Kat laluan langsung takde rase nak keluar.

2 pagi. Misi cakap, dah bukak 10cm ni, teran lar, sementara doc blum datang. *aik, dalam ati aku mase tak dpt nak tangkap lagi*. Doc pon datang ler beberapa minit selepas tu dgn keadaan kusut masai. Kul 2 pagi ko. Baru lena tido kot. Time maghrib masa die check jalan aku tu elok je. Dgn suara mengantuknya, die suh aku teran. Aku masa ni memang tidak ketahuan sbb tak raseeeee. Misi ajar suruh tarik nafas dalam2, pastu lepas. Emmm..

2.20 pagi, doc dah amik single vacuum.. aku dipaksa teran lagi. Keadaan masa tu mcm pasukan sorak pon ada. Aku dah tarik2 baju mr. k sampai misi tu marah, katanya daripada tarik baju husband tu baik awak cuba teran. 2.40 pagi, doc amik major vacuum *scoop vacuum tu sama besar dengan pengepam sinki kat umah ye*. Misi yang muka kelat tu tolak perut aku bile aku cuba teran.. sekuat hati bolehhhh tak...misi2 tu menjerit *masa tu aku cakap pasni jgn harap lar aku nak bersalin kat sini lagi*

Doc masa ni dah gunting kat bawah tu.. tas tas tas *3 koooooo*. Bosan melihat muka annoying misi tu, aku kumpul sehabis tenaga.. dalam hati aku menjerit Ya Allah.. kat luar terkeluar Allahu Akhbar. Masa tu aku rasa panas je kat bawah dan anak aku telah terbangggggggg!!! terkapai-kapai dan doc trus sambut. Kirenye skali teran seluruh badan keluar. Ko tahu koyak berapa? 27 jahitan. Huuhuuuuuuu..masa tu 2.54 pagi.

Habis darah terpercik disana sini. Labour room tu kecik, ngam2 katil dgn bleh sumbat org sekeliling dalam 5 org je kiri kanan katil. Anak aku tak menangis. Dibaringkan sebelah aku. Nampak badannya semangat. Berketul-ketul. Misi bawak kuar trus dgr die menangis. Mr. k bawak anak aku dan iqamat kat die. Masa tu die senyum, aku masih lagi ingat bulu mata die panjang dan senyum manisnya. Heee.. trus ilang sakit. Eh sebelum tu doc tu menjahit, aku dh tak rase ape dahhh.. banyak dan agak lama.

Aku dibiarkan kat situ dalam 30min. Time ni ngantuk sangat tapi aku takut utk tdo. Takut tidak sedar2. Pastu misi datang suruh bangun perlahan-lahan utk ke wad. masa bangun tu, darah zruupppp.. tumpah kat lantai. Misi letak pad dan suh kepit. Masuk ler dalam wad. Terkelip2 aku takleh tdo. Baru kul 3.30.

Itulah pengalaman aku.. Tengahari tu ada lar kawan2 ofis yang datang. Aku tak mandi pon. Huhu. Sbb aku target nak mandi kul 2 ptg. Mandi wiladah. Aku kuar hospital ari Khamis, 7 Jan.

F.R.I.E.N.D.S


Time sahur ari kedua aku tengok THS pasal tv show Friends. Patut ler menjadi kegilaan ramai *seingat aku makcik aku tak pernah miss cite ni*. Bersiaran selama 10 season! Fuhyooo.. Dari 1994 sampai 2004. Kirenya dari aku form 1 sampaiiii lar aku 23 thn *baru abih praktikal kot time abih show ni*

Tu jelah nak bgtahu.. hihi.. cuma aku rase enjoy gak dgn cara THS kupas Friends ni.. Sampai je ofis pas settlekan email, trus aku gugel carik info pasal show ni.. Ohhhhh.. tak paham. Tak paham yang tang ceritanye tu sbbnye sinopsis setiap season die letak dalam 7-8 ayat jer. Oklah. Aku kalau teringin nak tengok mmg akan cari dari awal, tapi emmm.. 10 season tuuu... 10.. emmm

Nantilah tengok sket2.. kat Youtube ada tak eh?

Dugaan pose arini

Ramadhan yang ke5. Yeay! Ko seronok kenapa? Saje.. Seronok sbb dapat balik kul 4 setiap hari..

Semalam aku rasa tak sedap hati, tdo pon tak lena, asyik lar terkejut. Pagi ni my klik mintak tolong blast out kan emailnya, tak sampai setengah jam, masuk bertalu-talu emel lain mengomen pasal email aku. Aku? Emm.. Puasa ni beb..Sukahati korang lar.. Tapi hati tengah panas..

Insiden kedua.. gondola dah langgar bangunan baru dan rosak sket lar *benda mcm slanting tu*, aku dah amik gamba dari awal. Pastu, datang ler mamat 2 orang ni amik gambar gak.. aku dah cakap akan jadi gelap jugak sbb melawan cahaya *betul ke istilah ni*.. amik dan tunjuk kat aku.. elehhhh.. setakat ipong ko tu, samaaaaa jelahh kualiti gambanye. aku cakap 'gelap gak..' Ha'a lar gelap mcm ko. Eh2. Yang mamat no. 2 pon cakap mcm tu gak. Fuhhyoo.. ini boleh mengundang kemarahan.. aku pose ni..

Tekad aku.. aku tak nak dah gurau2 ngan diorang ni.. aku dah maleh. Pijak2 plak kepala aku, kalau kulit tu cantik, putih melepak.. aku bleh terimaaa laaa.. maybe ko tak pernah tengok pompuan karattt.. tapiiii.. kalau ko pon karat dgn muka penuh bekas jerawat, perut buncit.. emmmmm.. nak aku beli cermin kot..
*good idea gak ni.. nanti aku nak stalk profil die kat fb, tgk birthdate die*

Nak duduk je kat tempat aku ni, akan menjadikan aku maha boring.. dok sini aku rase aku ada banyak idea untuk menulis sbb menghadap parking dan escalator. hahaha.. trus datang idea aku nak merapu..dok bangunan lama dulu takde idea je *malas sebenarnye*

Bukak pose ni, aku nak masak stew.. skali mr. k cakap die tak nak stew.. buat ikan sambal je. emm.. aku nak makan stew gak. Nyumm2..

Ramadhan al Mubarak

Salam Ramadhan buat semua. Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Hari ni first day puasa kat ofis, badan agak lemau disitu. Tapi bila dah zuhur tu semangat datang balik. hihi..

Hari pertama aku masak, sambal ikan bilis, ayam goreng, ikan goreng dan sawi goreng. hihihi... goreng2 je eh. *hari pertama ni penat sket sbb kemas rumah & mr. k ajak g jalan2..huhu.. sabo jelah*

Hari kedua, kari ayam, sambal udang, ayam goreng dan sawi + brocolli goreng. *mr. k cakap kari tu sedappp..* semalam semangat ada.. dapat rehat secukupnya, pas asar trus kletang kletung..

Hari ketiga, *dalam planningnye, ikan tiga rasa, ikan goreng, telur dadar & sayur sawi dan brocolli*.. hihi.. jadik kot. esok ingat nak singgah pasar tani, beli bahan2 untuk buat tomyam putih. nyummmmm..

Tapi arini balik lewat sket sebab mr. k bawak keta, huhu.. sian my white prince tu.. tak sakit trus sakit bile buat overhaul. sedih plak bile die semput gitu. Esok ibu bawak lar ye sayang, jangan semput sangat tau. Kite nak balik awal kul 4 ni.. hik!

Hutang

Teringat kisah hutang kawan kat ofis. Aku berdepan dengan banyak kisah hutang. Jenis manusia gaji rm2k++ *dan masa tu aku cuma gaji 850* boleh minah tu berhutang dgn aku. tiap2 bulan plak tu.. abaikan... die dah kawen dah, & lost contact juga.


Aku berniaga kat ofis. ala. cosway. korang pon tahu apa benefit die. kupon jer.


ada gak manusia yang peram bayaran. barang nak tapi peram. pasni jangan harap lar aku nak pegi cari barang ko tu kalau aku tak jumpe kat stokis pertama cosway yang aku jejak. *ingat isi minyak pakai kupon kot*


cara bayaran hutang. peram berbulan pastu nak datang bayar liat. selama ni kalau lalu depan aku, pegi sembang ngan org tu, org ni boleh plak.. alih2 nak bayar 2minit pon takleh singgah tempat aku. *ingat aku hadap sangat* datang ler bayar kat aku. berapa jumlah tu? ko genapkan bagi takde belen yang aku perlu bagi. letak je bawah keyboard aku. -senang je kan cara nak bayar hutang, pastu sms aku cakap ada duit bwh keyboard-


pastu ada jugak kawan2 lama fb yang sangat baik hati sms nak berhutang ngan aku. pelik tul lar. diorang ni takde saving ke? aku dulu gaji 850 dapat jgk simpan rm50 sebulan. masuk dalam bank, dgn jerit perih menangis sbb takleh nak berbelanja sakan.


Bila ada jenis manusia yang pandai beli tapi tak pandai nak bayar yang buat aku hangin. sekarang target aku nak jual rm150 je sebulan. kalau aku rasa barang dapur aku saja pon dah cecah banyak tu, sori lar aku nak jaja2 catalog tu. malas dah. seronok buat aku mcm ni eh.


pastu ada lar sorang manusia ni plak jenis, nak suruh aku berniaga tapi mcm paksa2 plak suh ikut die berniaga. aku keje macam ni, aku nak rehat time lunch hour, takdenya aku nak terkejar-kejar pegi berniaga. pastu sebok2 nak convince org pasal barang. kalau nak beli, beli. kalau tak nak, aku takleh buat ape.



Keanehan part 1


Ada jemputan kenduri rumah miss J, katanya kenduri aqiqah anaknya. Miss J menjemput rakan2 baik di ofis secara lisan. 


salah sorg kawan miss J, ada circumstances menghalang katanya. Miss J tidaklah menaruh harapan agar sahabat  kawan ofis miss J ni hadir.

'emm.. miss j pegi tak umah mr h aritu. yg die buat kenduri masuk rumah tu. diorg cakap family hall die besar sangat, besarrrrrrr lar rumah die tu...'


motip apakah itu? Rumah Miss j memang lah tidak besar tetapi Miss j sudah berhajat sejak 4 tahun lepas nk buat kenduri.

Kesian Miss J dapat musibat kawan ofis macam tu. Org niat buat kenduri bukan nak menunjuk2, lebih kepada nak meraikan org. Tak tahu ler dalam otak dia fikir apa.

kecik cam reban ayam pon rumah sendiri bukan rumah sewa ye nok. Kesian. Kalau tak mampu buat jelah cara tak mampooo, jangan dok fikir negatif kat orang pulak..






Alhamdulillah syukran..

comey tak baby tu? hihi..
bukan baby aku tu.. baby aku tengah rehat2 kat sorga dulu.. die tak nak turun kat donia ni lagi..huhu..

syukran yg aku maksudkan..
aku telah direnew kontrak.. alhamdulillah..
kembara 2 tahun aku bermula lagi disini..
selama 8 tahun disini.. aku memang sangat selesa disini..
biarpun ada dugaan dan cabaran, aku tabah jekkk..
janji masyukkk..
kalau lagi 2 thn takde keje, just dok umah jaga qaseh jelah..
no need to worries..
jadilah suri rumah..
so, start menabung skang..

aku jugak berhajat nak sambung belajar..
Master in.... tapi mcm liat jeeeee.. sbb 8 thn lebih ler dh tak blajo..
pastu aku ni jenis kena fokus satu benda.. kalau tak mule ler aku hilang fokus pada benda lain..

Rindu kat uum.. profile pic kat fb tulis i miss you..
YOU tu bukan person yee..
UUM... rinduuu.. tu lar dulu tak sabar nak kuar.. skangggg??
rindu2 an plak eh.

Aku rindu kolej Mas, pastu aktiviti jalan2 nak gi kuliah, berebut2 naik bas..pegi tasik petang2..
pegi kolej proton ada pakcik ensem slalu blanje makan, pastu rindu kenangan ngan kawan2.. ada sorg abg tu sukaaaa sangat kat kakak aku then die slalu lunch ngan aku.. apekah? ngorat adik dulu.. lamaaaa laa aku rase die lunch ngan aku.. sampai ada org kata kitorang couple..

tp aritu aku pm die kat fb, die diammm je. tahu ler retis skang.. huhu..

eh? tadi tajuk syukran kan?

Ok. aku bersyukur kerna diberikan peluang untuk bekerja lagi, untuk bernafas lagi dan mampu melihat anakku membesar didepan mata, aku terharu sbb qaseh sgt sayangkan aku dan mendengar.. syukur Ya Allah! aku masih disini..

Birthday Qaseh

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers