Syahdu di Dangi

Weekend lepas aku balik Dangi, tak tahu kenapa, perasaan tenang meresap kedalam jiwaku. Aku rase sangat selesa disana, berbeza dengan sebelumnya. 2 hari 1 malam, penuh dengan keceriaan. Aku dan mil memasak untuk berbuka hari kedua bersama-sama. Seronok. Mak rupenya jenis yang tak sure nak masuk apa dalam masakan yang dia tak terer. Hehe.

Annisa tu sangat annoying. Sebaya qaseh tapi muda 6bulan. Manja melebih! Bapaknya pon sama naik mempertahankan die. Kesian kakaknya. Siap ler aku balik nanti, aku nak belikan baju raya untuk kakaknya, baju sekolah dan peralatan sekolah untuk kakaknya. Hahahah.. teruk betul gaduh ngan budak. Bukan apa, annoyed lar die tu, mulut bleh tahan, aku memang tak suka budak yang baru pandai bercakap pastu melebih-lebih. Memang ler budak.

Perkataan2 die - Eleh. Diam. Asyik Qaseh jer. Wan ni sayang qaseh je eh.

Letih aku dengar. Plan nak balik seminggu sebelum raya tu, nak setup langsir dan beli karpet. Tahun ni aku raya dangi, dalam 4 hari. :)

Marilah Berdiet

Dulu berdiet-diet ni tidak pernah wujud dalam kamus hidup aku. Masa form 3, berat aku 57kg, kenapa aku  berat mcm tu sbb kwn baik aku sgt chubby dan dia hari-hari belanja aku makan nasik sup & aiskrim! Mana aku tak membesarrrrr.. Asyik lar aku kena perli ngan makcik aku masa tu.. Terasa dalam ati ni..

Awal form 4 aku masih lagi menten dalam 55-57kg mcm tu, still nampak chubby..akhir form 4 tu dgn aktiviti lasaknya, aku turun sampai 50kg..masuk form 6, aku menten berat 48-50kg. Tak terlebih dan terkurang. Berat 50kg ni aku pegang sampai aku umur 25thn. Lepas 25 tu, aku dah asyik kuar dating malam, makan tengah2 malam.. menjadikan berat aku 55kg. Rutin harian aku sebenarnya, tghari mmg makan nasik mcm biasa, tapi malam aku jarang mkn nasik, aku makan roti jer. *jimat bajet*

Aku risau mase tu sbb dah nak kawen, diet lar sket.. so, dalam baju pengantin, berat aku 53kg. 3 bulan pertama kawen, berat aku naik sampai 10kg, menjadikan aku 63kg. Mana taknya, aku menumpang umah makcik aku setahun, dinner kul 9.30. kul 11 dah tido. Menyesal betul aku masa tu.. bila 10bulan aku kawen, tak pregnant lagi.. aku diet sket.. aku makan awal, dalam kul 7. Berat aku turun sampai 57kg. Then aku pregnant 2 bulan selepas tu..

Now, 20 July lepas berat aku 67.8 *mcm berat baru pas delivery je*. Berkat puasa dah 11hari, aku turun ler sampai 65.5kg. Aku nak sampai 60kg jer. 60kg pon dh ok. Masalah berat skang stuck kat 66kg.

Huhu. Buka puasa dah kurang makan nasik. Aku nak mulakan dgn minum air masak, makan epal, pastu solat.. rehat jap, baru makan nasik. Harap2 sempat ler lagi 20hari turun lagi 6kg! Chaiyokk!!!

Pengalaman Bersalin

Aku baca pengalaman bersalin dari satu blog ni.. anak dia baru 5 bulan, of cos die bleh ingat setiap detik kelahiran. aku? dah hampir 3thn setengah. *dah dulu kenapa ko tak tulis dan simpan*.. hihi..

Ini seingat aku lar kan.. Aku mula rase sakit kontraksi pada 5 Jan 2009. Aku dah mula tido kat bawah sbb mr. k dah letak katil spesel untuk aku kat bawah. Bergolek2 aku pagi tu, sakit tu tak terasa sangat.. aku ingat kesan aku batuk kuat sebelum tu.. Mr. k tanya nak pegi keje tak.. aku geleng2 kepala bgtahu sakit. Die trus pegi keje *sbb masa ni mak aku baru balik haji, ada kat umah makcik aku*

pas mandi dan kemas2 rumah, terdetik dalam hati aku, adakah masanya telah tiba? aku call makcik aku mintak amikkan aku kat umah. tak silap tengahari.. lunch kat umah die  pastu aku baring2 dalam bilik ngan mak aku. Aku bgtahu aku sakit perut, mak aku cakap maybe salah makan kot. *sbb due date aku lambat lagi, 18hb* sakit tu makin kerap, bila aku masuk toilet, ada darah pekat kat pantyliner aku. Aku bagitahu mak aku dan die suruh aku trus call mr. k, mintak datang amik. Masa tu dah 5pm. *jimat cuti die sbb dah time balik koje*. Makcik aku plak suh aku makan big apple, abih lar jgk 2 ketul. Tak silap mr. k datang kul 5.40 then trus kami ke KPMC.

Sampai je KPMC, register sume bagai, trus masuk ward. Aku nak bilik sorang..hihi *wah.demand ko jah. kompeni tanggung, layan jelah*. Salin2 baju bagai, baring. Ku 7.30, doc datang check jalan. 1.5cm je!
Huh! *aku takde pengalaman masa ni, kalau doc lain mmg suh balik je.. tp mungkin sbb dah kluar darah awal*. Tanpa tanya ngan aku, trus doc tu nak induce aku. Misi datang inject tangan kul 8. Aku rileks lagi, sipa bleh main sms. Masa ni mr. k dah balik untuk mandi & makan *umah aku dgn KPMC ni 10min je*. Aku rilekkss.. pastu *misi tu jeles gaknye*.. die inject aku skali lagi kul 9pm. Huhu..

Kul 10 aku dah meronta-ronta, berguling2 atas katil. Aku cepat2 suruh mr. k datang. Die plak datang dgn adik & iparnya. *alahai..korang buat ape kat sini? ingat pesta ke?* aku siap cakap suruh diorang balik je, aku tgh bergelut dgn kesakitan ni wehhh..*tapi aku cakap dgn mr. k jelah*

Begitulah keadaan aku..meronta2 sambil mintak maaf dgn mr. k. Jam 11.30, misi datang cek, dah buka 4cm. Die kata tak lama lagi. Aku tanya berapa lama lagi patut aku tunggu. Misi tu mcm takut2 je, die cakap sekejap je puan, sabar ye. Huuuuu...*oh masa misi offer epidural, aku tak amik.. aku amik pain killer.

12.30 tgh malam.. Hiiiii..  Misi datang seluk lagi, dah 6cm. Terus tolak aku ke labour room. Erk? 6cm dah tolak.. Masa ni mr. k dok sebelah aku.. ada 3 org misi. Misi yang jeles tadi tu, agak keras sket lar suara die. yang lagi 2 tu ok. Aku makan kurma, minum air selusuh. Kesakitan yang tidak ketahuan.. lama tu aku rase ngantuk.. dan nafas aku mula mencungap, aku rase kesan painkiller yg aku amik. Kat laluan langsung takde rase nak keluar.

2 pagi. Misi cakap, dah bukak 10cm ni, teran lar, sementara doc blum datang. *aik, dalam ati aku mase tak dpt nak tangkap lagi*. Doc pon datang ler beberapa minit selepas tu dgn keadaan kusut masai. Kul 2 pagi ko. Baru lena tido kot. Time maghrib masa die check jalan aku tu elok je. Dgn suara mengantuknya, die suh aku teran. Aku masa ni memang tidak ketahuan sbb tak raseeeee. Misi ajar suruh tarik nafas dalam2, pastu lepas. Emmm..

2.20 pagi, doc dah amik single vacuum.. aku dipaksa teran lagi. Keadaan masa tu mcm pasukan sorak pon ada. Aku dah tarik2 baju mr. k sampai misi tu marah, katanya daripada tarik baju husband tu baik awak cuba teran. 2.40 pagi, doc amik major vacuum *scoop vacuum tu sama besar dengan pengepam sinki kat umah ye*. Misi yang muka kelat tu tolak perut aku bile aku cuba teran.. sekuat hati bolehhhh tak...misi2 tu menjerit *masa tu aku cakap pasni jgn harap lar aku nak bersalin kat sini lagi*

Doc masa ni dah gunting kat bawah tu.. tas tas tas *3 koooooo*. Bosan melihat muka annoying misi tu, aku kumpul sehabis tenaga.. dalam hati aku menjerit Ya Allah.. kat luar terkeluar Allahu Akhbar. Masa tu aku rasa panas je kat bawah dan anak aku telah terbangggggggg!!! terkapai-kapai dan doc trus sambut. Kirenye skali teran seluruh badan keluar. Ko tahu koyak berapa? 27 jahitan. Huuhuuuuuuu..masa tu 2.54 pagi.

Habis darah terpercik disana sini. Labour room tu kecik, ngam2 katil dgn bleh sumbat org sekeliling dalam 5 org je kiri kanan katil. Anak aku tak menangis. Dibaringkan sebelah aku. Nampak badannya semangat. Berketul-ketul. Misi bawak kuar trus dgr die menangis. Mr. k bawak anak aku dan iqamat kat die. Masa tu die senyum, aku masih lagi ingat bulu mata die panjang dan senyum manisnya. Heee.. trus ilang sakit. Eh sebelum tu doc tu menjahit, aku dh tak rase ape dahhh.. banyak dan agak lama.

Aku dibiarkan kat situ dalam 30min. Time ni ngantuk sangat tapi aku takut utk tdo. Takut tidak sedar2. Pastu misi datang suruh bangun perlahan-lahan utk ke wad. masa bangun tu, darah zruupppp.. tumpah kat lantai. Misi letak pad dan suh kepit. Masuk ler dalam wad. Terkelip2 aku takleh tdo. Baru kul 3.30.

Itulah pengalaman aku.. Tengahari tu ada lar kawan2 ofis yang datang. Aku tak mandi pon. Huhu. Sbb aku target nak mandi kul 2 ptg. Mandi wiladah. Aku kuar hospital ari Khamis, 7 Jan.

F.R.I.E.N.D.S


Time sahur ari kedua aku tengok THS pasal tv show Friends. Patut ler menjadi kegilaan ramai *seingat aku makcik aku tak pernah miss cite ni*. Bersiaran selama 10 season! Fuhyooo.. Dari 1994 sampai 2004. Kirenya dari aku form 1 sampaiiii lar aku 23 thn *baru abih praktikal kot time abih show ni*

Tu jelah nak bgtahu.. hihi.. cuma aku rase enjoy gak dgn cara THS kupas Friends ni.. Sampai je ofis pas settlekan email, trus aku gugel carik info pasal show ni.. Ohhhhh.. tak paham. Tak paham yang tang ceritanye tu sbbnye sinopsis setiap season die letak dalam 7-8 ayat jer. Oklah. Aku kalau teringin nak tengok mmg akan cari dari awal, tapi emmm.. 10 season tuuu... 10.. emmm

Nantilah tengok sket2.. kat Youtube ada tak eh?

Dugaan pose arini

Ramadhan yang ke5. Yeay! Ko seronok kenapa? Saje.. Seronok sbb dapat balik kul 4 setiap hari..

Semalam aku rasa tak sedap hati, tdo pon tak lena, asyik lar terkejut. Pagi ni my klik mintak tolong blast out kan emailnya, tak sampai setengah jam, masuk bertalu-talu emel lain mengomen pasal email aku. Aku? Emm.. Puasa ni beb..Sukahati korang lar.. Tapi hati tengah panas..

Insiden kedua.. gondola dah langgar bangunan baru dan rosak sket lar *benda mcm slanting tu*, aku dah amik gamba dari awal. Pastu, datang ler mamat 2 orang ni amik gambar gak.. aku dah cakap akan jadi gelap jugak sbb melawan cahaya *betul ke istilah ni*.. amik dan tunjuk kat aku.. elehhhh.. setakat ipong ko tu, samaaaaa jelahh kualiti gambanye. aku cakap 'gelap gak..' Ha'a lar gelap mcm ko. Eh2. Yang mamat no. 2 pon cakap mcm tu gak. Fuhhyoo.. ini boleh mengundang kemarahan.. aku pose ni..

Tekad aku.. aku tak nak dah gurau2 ngan diorang ni.. aku dah maleh. Pijak2 plak kepala aku, kalau kulit tu cantik, putih melepak.. aku bleh terimaaa laaa.. maybe ko tak pernah tengok pompuan karattt.. tapiiii.. kalau ko pon karat dgn muka penuh bekas jerawat, perut buncit.. emmmmm.. nak aku beli cermin kot..
*good idea gak ni.. nanti aku nak stalk profil die kat fb, tgk birthdate die*

Nak duduk je kat tempat aku ni, akan menjadikan aku maha boring.. dok sini aku rase aku ada banyak idea untuk menulis sbb menghadap parking dan escalator. hahaha.. trus datang idea aku nak merapu..dok bangunan lama dulu takde idea je *malas sebenarnye*

Bukak pose ni, aku nak masak stew.. skali mr. k cakap die tak nak stew.. buat ikan sambal je. emm.. aku nak makan stew gak. Nyumm2..

Ramadhan al Mubarak

Salam Ramadhan buat semua. Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Hari ni first day puasa kat ofis, badan agak lemau disitu. Tapi bila dah zuhur tu semangat datang balik. hihi..

Hari pertama aku masak, sambal ikan bilis, ayam goreng, ikan goreng dan sawi goreng. hihihi... goreng2 je eh. *hari pertama ni penat sket sbb kemas rumah & mr. k ajak g jalan2..huhu.. sabo jelah*

Hari kedua, kari ayam, sambal udang, ayam goreng dan sawi + brocolli goreng. *mr. k cakap kari tu sedappp..* semalam semangat ada.. dapat rehat secukupnya, pas asar trus kletang kletung..

Hari ketiga, *dalam planningnye, ikan tiga rasa, ikan goreng, telur dadar & sayur sawi dan brocolli*.. hihi.. jadik kot. esok ingat nak singgah pasar tani, beli bahan2 untuk buat tomyam putih. nyummmmm..

Tapi arini balik lewat sket sebab mr. k bawak keta, huhu.. sian my white prince tu.. tak sakit trus sakit bile buat overhaul. sedih plak bile die semput gitu. Esok ibu bawak lar ye sayang, jangan semput sangat tau. Kite nak balik awal kul 4 ni.. hik!

Birthday Qaseh

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers