Syahdu di Dangi

Weekend lepas aku balik Dangi, tak tahu kenapa, perasaan tenang meresap kedalam jiwaku. Aku rase sangat selesa disana, berbeza dengan sebelumnya. 2 hari 1 malam, penuh dengan keceriaan. Aku dan mil memasak untuk berbuka hari kedua bersama-sama. Seronok. Mak rupenya jenis yang tak sure nak masuk apa dalam masakan yang dia tak terer. Hehe.

Annisa tu sangat annoying. Sebaya qaseh tapi muda 6bulan. Manja melebih! Bapaknya pon sama naik mempertahankan die. Kesian kakaknya. Siap ler aku balik nanti, aku nak belikan baju raya untuk kakaknya, baju sekolah dan peralatan sekolah untuk kakaknya. Hahahah.. teruk betul gaduh ngan budak. Bukan apa, annoyed lar die tu, mulut bleh tahan, aku memang tak suka budak yang baru pandai bercakap pastu melebih-lebih. Memang ler budak.

Perkataan2 die - Eleh. Diam. Asyik Qaseh jer. Wan ni sayang qaseh je eh.

Letih aku dengar. Plan nak balik seminggu sebelum raya tu, nak setup langsir dan beli karpet. Tahun ni aku raya dangi, dalam 4 hari. :)

Marilah Berdiet

Dulu berdiet-diet ni tidak pernah wujud dalam kamus hidup aku. Masa form 3, berat aku 57kg, kenapa aku  berat mcm tu sbb kwn baik aku sgt chubby dan dia hari-hari belanja aku makan nasik sup & aiskrim! Mana aku tak membesarrrrr.. Asyik lar aku kena perli ngan makcik aku masa tu.. Terasa dalam ati ni..

Awal form 4 aku masih lagi menten dalam 55-57kg mcm tu, still nampak chubby..akhir form 4 tu dgn aktiviti lasaknya, aku turun sampai 50kg..masuk form 6, aku menten berat 48-50kg. Tak terlebih dan terkurang. Berat 50kg ni aku pegang sampai aku umur 25thn. Lepas 25 tu, aku dah asyik kuar dating malam, makan tengah2 malam.. menjadikan berat aku 55kg. Rutin harian aku sebenarnya, tghari mmg makan nasik mcm biasa, tapi malam aku jarang mkn nasik, aku makan roti jer. *jimat bajet*

Aku risau mase tu sbb dah nak kawen, diet lar sket.. so, dalam baju pengantin, berat aku 53kg. 3 bulan pertama kawen, berat aku naik sampai 10kg, menjadikan aku 63kg. Mana taknya, aku menumpang umah makcik aku setahun, dinner kul 9.30. kul 11 dah tido. Menyesal betul aku masa tu.. bila 10bulan aku kawen, tak pregnant lagi.. aku diet sket.. aku makan awal, dalam kul 7. Berat aku turun sampai 57kg. Then aku pregnant 2 bulan selepas tu..

Now, 20 July lepas berat aku 67.8 *mcm berat baru pas delivery je*. Berkat puasa dah 11hari, aku turun ler sampai 65.5kg. Aku nak sampai 60kg jer. 60kg pon dh ok. Masalah berat skang stuck kat 66kg.

Huhu. Buka puasa dah kurang makan nasik. Aku nak mulakan dgn minum air masak, makan epal, pastu solat.. rehat jap, baru makan nasik. Harap2 sempat ler lagi 20hari turun lagi 6kg! Chaiyokk!!!

Pengalaman Bersalin

Aku baca pengalaman bersalin dari satu blog ni.. anak dia baru 5 bulan, of cos die bleh ingat setiap detik kelahiran. aku? dah hampir 3thn setengah. *dah dulu kenapa ko tak tulis dan simpan*.. hihi..

Ini seingat aku lar kan.. Aku mula rase sakit kontraksi pada 5 Jan 2009. Aku dah mula tido kat bawah sbb mr. k dah letak katil spesel untuk aku kat bawah. Bergolek2 aku pagi tu, sakit tu tak terasa sangat.. aku ingat kesan aku batuk kuat sebelum tu.. Mr. k tanya nak pegi keje tak.. aku geleng2 kepala bgtahu sakit. Die trus pegi keje *sbb masa ni mak aku baru balik haji, ada kat umah makcik aku*

pas mandi dan kemas2 rumah, terdetik dalam hati aku, adakah masanya telah tiba? aku call makcik aku mintak amikkan aku kat umah. tak silap tengahari.. lunch kat umah die  pastu aku baring2 dalam bilik ngan mak aku. Aku bgtahu aku sakit perut, mak aku cakap maybe salah makan kot. *sbb due date aku lambat lagi, 18hb* sakit tu makin kerap, bila aku masuk toilet, ada darah pekat kat pantyliner aku. Aku bagitahu mak aku dan die suruh aku trus call mr. k, mintak datang amik. Masa tu dah 5pm. *jimat cuti die sbb dah time balik koje*. Makcik aku plak suh aku makan big apple, abih lar jgk 2 ketul. Tak silap mr. k datang kul 5.40 then trus kami ke KPMC.

Sampai je KPMC, register sume bagai, trus masuk ward. Aku nak bilik sorang..hihi *wah.demand ko jah. kompeni tanggung, layan jelah*. Salin2 baju bagai, baring. Ku 7.30, doc datang check jalan. 1.5cm je!
Huh! *aku takde pengalaman masa ni, kalau doc lain mmg suh balik je.. tp mungkin sbb dah kluar darah awal*. Tanpa tanya ngan aku, trus doc tu nak induce aku. Misi datang inject tangan kul 8. Aku rileks lagi, sipa bleh main sms. Masa ni mr. k dah balik untuk mandi & makan *umah aku dgn KPMC ni 10min je*. Aku rilekkss.. pastu *misi tu jeles gaknye*.. die inject aku skali lagi kul 9pm. Huhu..

Kul 10 aku dah meronta-ronta, berguling2 atas katil. Aku cepat2 suruh mr. k datang. Die plak datang dgn adik & iparnya. *alahai..korang buat ape kat sini? ingat pesta ke?* aku siap cakap suruh diorang balik je, aku tgh bergelut dgn kesakitan ni wehhh..*tapi aku cakap dgn mr. k jelah*

Begitulah keadaan aku..meronta2 sambil mintak maaf dgn mr. k. Jam 11.30, misi datang cek, dah buka 4cm. Die kata tak lama lagi. Aku tanya berapa lama lagi patut aku tunggu. Misi tu mcm takut2 je, die cakap sekejap je puan, sabar ye. Huuuuu...*oh masa misi offer epidural, aku tak amik.. aku amik pain killer.

12.30 tgh malam.. Hiiiii..  Misi datang seluk lagi, dah 6cm. Terus tolak aku ke labour room. Erk? 6cm dah tolak.. Masa ni mr. k dok sebelah aku.. ada 3 org misi. Misi yang jeles tadi tu, agak keras sket lar suara die. yang lagi 2 tu ok. Aku makan kurma, minum air selusuh. Kesakitan yang tidak ketahuan.. lama tu aku rase ngantuk.. dan nafas aku mula mencungap, aku rase kesan painkiller yg aku amik. Kat laluan langsung takde rase nak keluar.

2 pagi. Misi cakap, dah bukak 10cm ni, teran lar, sementara doc blum datang. *aik, dalam ati aku mase tak dpt nak tangkap lagi*. Doc pon datang ler beberapa minit selepas tu dgn keadaan kusut masai. Kul 2 pagi ko. Baru lena tido kot. Time maghrib masa die check jalan aku tu elok je. Dgn suara mengantuknya, die suh aku teran. Aku masa ni memang tidak ketahuan sbb tak raseeeee. Misi ajar suruh tarik nafas dalam2, pastu lepas. Emmm..

2.20 pagi, doc dah amik single vacuum.. aku dipaksa teran lagi. Keadaan masa tu mcm pasukan sorak pon ada. Aku dah tarik2 baju mr. k sampai misi tu marah, katanya daripada tarik baju husband tu baik awak cuba teran. 2.40 pagi, doc amik major vacuum *scoop vacuum tu sama besar dengan pengepam sinki kat umah ye*. Misi yang muka kelat tu tolak perut aku bile aku cuba teran.. sekuat hati bolehhhh tak...misi2 tu menjerit *masa tu aku cakap pasni jgn harap lar aku nak bersalin kat sini lagi*

Doc masa ni dah gunting kat bawah tu.. tas tas tas *3 koooooo*. Bosan melihat muka annoying misi tu, aku kumpul sehabis tenaga.. dalam hati aku menjerit Ya Allah.. kat luar terkeluar Allahu Akhbar. Masa tu aku rasa panas je kat bawah dan anak aku telah terbangggggggg!!! terkapai-kapai dan doc trus sambut. Kirenye skali teran seluruh badan keluar. Ko tahu koyak berapa? 27 jahitan. Huuhuuuuuuu..masa tu 2.54 pagi.

Habis darah terpercik disana sini. Labour room tu kecik, ngam2 katil dgn bleh sumbat org sekeliling dalam 5 org je kiri kanan katil. Anak aku tak menangis. Dibaringkan sebelah aku. Nampak badannya semangat. Berketul-ketul. Misi bawak kuar trus dgr die menangis. Mr. k bawak anak aku dan iqamat kat die. Masa tu die senyum, aku masih lagi ingat bulu mata die panjang dan senyum manisnya. Heee.. trus ilang sakit. Eh sebelum tu doc tu menjahit, aku dh tak rase ape dahhh.. banyak dan agak lama.

Aku dibiarkan kat situ dalam 30min. Time ni ngantuk sangat tapi aku takut utk tdo. Takut tidak sedar2. Pastu misi datang suruh bangun perlahan-lahan utk ke wad. masa bangun tu, darah zruupppp.. tumpah kat lantai. Misi letak pad dan suh kepit. Masuk ler dalam wad. Terkelip2 aku takleh tdo. Baru kul 3.30.

Itulah pengalaman aku.. Tengahari tu ada lar kawan2 ofis yang datang. Aku tak mandi pon. Huhu. Sbb aku target nak mandi kul 2 ptg. Mandi wiladah. Aku kuar hospital ari Khamis, 7 Jan.

F.R.I.E.N.D.S


Time sahur ari kedua aku tengok THS pasal tv show Friends. Patut ler menjadi kegilaan ramai *seingat aku makcik aku tak pernah miss cite ni*. Bersiaran selama 10 season! Fuhyooo.. Dari 1994 sampai 2004. Kirenya dari aku form 1 sampaiiii lar aku 23 thn *baru abih praktikal kot time abih show ni*

Tu jelah nak bgtahu.. hihi.. cuma aku rase enjoy gak dgn cara THS kupas Friends ni.. Sampai je ofis pas settlekan email, trus aku gugel carik info pasal show ni.. Ohhhhh.. tak paham. Tak paham yang tang ceritanye tu sbbnye sinopsis setiap season die letak dalam 7-8 ayat jer. Oklah. Aku kalau teringin nak tengok mmg akan cari dari awal, tapi emmm.. 10 season tuuu... 10.. emmm

Nantilah tengok sket2.. kat Youtube ada tak eh?

Dugaan pose arini

Ramadhan yang ke5. Yeay! Ko seronok kenapa? Saje.. Seronok sbb dapat balik kul 4 setiap hari..

Semalam aku rasa tak sedap hati, tdo pon tak lena, asyik lar terkejut. Pagi ni my klik mintak tolong blast out kan emailnya, tak sampai setengah jam, masuk bertalu-talu emel lain mengomen pasal email aku. Aku? Emm.. Puasa ni beb..Sukahati korang lar.. Tapi hati tengah panas..

Insiden kedua.. gondola dah langgar bangunan baru dan rosak sket lar *benda mcm slanting tu*, aku dah amik gamba dari awal. Pastu, datang ler mamat 2 orang ni amik gambar gak.. aku dah cakap akan jadi gelap jugak sbb melawan cahaya *betul ke istilah ni*.. amik dan tunjuk kat aku.. elehhhh.. setakat ipong ko tu, samaaaaa jelahh kualiti gambanye. aku cakap 'gelap gak..' Ha'a lar gelap mcm ko. Eh2. Yang mamat no. 2 pon cakap mcm tu gak. Fuhhyoo.. ini boleh mengundang kemarahan.. aku pose ni..

Tekad aku.. aku tak nak dah gurau2 ngan diorang ni.. aku dah maleh. Pijak2 plak kepala aku, kalau kulit tu cantik, putih melepak.. aku bleh terimaaa laaa.. maybe ko tak pernah tengok pompuan karattt.. tapiiii.. kalau ko pon karat dgn muka penuh bekas jerawat, perut buncit.. emmmmm.. nak aku beli cermin kot..
*good idea gak ni.. nanti aku nak stalk profil die kat fb, tgk birthdate die*

Nak duduk je kat tempat aku ni, akan menjadikan aku maha boring.. dok sini aku rase aku ada banyak idea untuk menulis sbb menghadap parking dan escalator. hahaha.. trus datang idea aku nak merapu..dok bangunan lama dulu takde idea je *malas sebenarnye*

Bukak pose ni, aku nak masak stew.. skali mr. k cakap die tak nak stew.. buat ikan sambal je. emm.. aku nak makan stew gak. Nyumm2..

Ramadhan al Mubarak

Salam Ramadhan buat semua. Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Hari ni first day puasa kat ofis, badan agak lemau disitu. Tapi bila dah zuhur tu semangat datang balik. hihi..

Hari pertama aku masak, sambal ikan bilis, ayam goreng, ikan goreng dan sawi goreng. hihihi... goreng2 je eh. *hari pertama ni penat sket sbb kemas rumah & mr. k ajak g jalan2..huhu.. sabo jelah*

Hari kedua, kari ayam, sambal udang, ayam goreng dan sawi + brocolli goreng. *mr. k cakap kari tu sedappp..* semalam semangat ada.. dapat rehat secukupnya, pas asar trus kletang kletung..

Hari ketiga, *dalam planningnye, ikan tiga rasa, ikan goreng, telur dadar & sayur sawi dan brocolli*.. hihi.. jadik kot. esok ingat nak singgah pasar tani, beli bahan2 untuk buat tomyam putih. nyummmmm..

Tapi arini balik lewat sket sebab mr. k bawak keta, huhu.. sian my white prince tu.. tak sakit trus sakit bile buat overhaul. sedih plak bile die semput gitu. Esok ibu bawak lar ye sayang, jangan semput sangat tau. Kite nak balik awal kul 4 ni.. hik!

Hutang

Teringat kisah hutang kawan kat ofis. Aku berdepan dengan banyak kisah hutang. Jenis manusia gaji rm2k++ *dan masa tu aku cuma gaji 850* boleh minah tu berhutang dgn aku. tiap2 bulan plak tu.. abaikan... die dah kawen dah, & lost contact juga.


Aku berniaga kat ofis. ala. cosway. korang pon tahu apa benefit die. kupon jer.


ada gak manusia yang peram bayaran. barang nak tapi peram. pasni jangan harap lar aku nak pegi cari barang ko tu kalau aku tak jumpe kat stokis pertama cosway yang aku jejak. *ingat isi minyak pakai kupon kot*


cara bayaran hutang. peram berbulan pastu nak datang bayar liat. selama ni kalau lalu depan aku, pegi sembang ngan org tu, org ni boleh plak.. alih2 nak bayar 2minit pon takleh singgah tempat aku. *ingat aku hadap sangat* datang ler bayar kat aku. berapa jumlah tu? ko genapkan bagi takde belen yang aku perlu bagi. letak je bawah keyboard aku. -senang je kan cara nak bayar hutang, pastu sms aku cakap ada duit bwh keyboard-


pastu ada jugak kawan2 lama fb yang sangat baik hati sms nak berhutang ngan aku. pelik tul lar. diorang ni takde saving ke? aku dulu gaji 850 dapat jgk simpan rm50 sebulan. masuk dalam bank, dgn jerit perih menangis sbb takleh nak berbelanja sakan.


Bila ada jenis manusia yang pandai beli tapi tak pandai nak bayar yang buat aku hangin. sekarang target aku nak jual rm150 je sebulan. kalau aku rasa barang dapur aku saja pon dah cecah banyak tu, sori lar aku nak jaja2 catalog tu. malas dah. seronok buat aku mcm ni eh.


pastu ada lar sorang manusia ni plak jenis, nak suruh aku berniaga tapi mcm paksa2 plak suh ikut die berniaga. aku keje macam ni, aku nak rehat time lunch hour, takdenya aku nak terkejar-kejar pegi berniaga. pastu sebok2 nak convince org pasal barang. kalau nak beli, beli. kalau tak nak, aku takleh buat ape.



Keanehan part 1


Ada jemputan kenduri rumah miss J, katanya kenduri aqiqah anaknya. Miss J menjemput rakan2 baik di ofis secara lisan. 


salah sorg kawan miss J, ada circumstances menghalang katanya. Miss J tidaklah menaruh harapan agar sahabat  kawan ofis miss J ni hadir.

'emm.. miss j pegi tak umah mr h aritu. yg die buat kenduri masuk rumah tu. diorg cakap family hall die besar sangat, besarrrrrrr lar rumah die tu...'


motip apakah itu? Rumah Miss j memang lah tidak besar tetapi Miss j sudah berhajat sejak 4 tahun lepas nk buat kenduri.

Kesian Miss J dapat musibat kawan ofis macam tu. Org niat buat kenduri bukan nak menunjuk2, lebih kepada nak meraikan org. Tak tahu ler dalam otak dia fikir apa.

kecik cam reban ayam pon rumah sendiri bukan rumah sewa ye nok. Kesian. Kalau tak mampu buat jelah cara tak mampooo, jangan dok fikir negatif kat orang pulak..






Alhamdulillah syukran..

comey tak baby tu? hihi..
bukan baby aku tu.. baby aku tengah rehat2 kat sorga dulu.. die tak nak turun kat donia ni lagi..huhu..

syukran yg aku maksudkan..
aku telah direnew kontrak.. alhamdulillah..
kembara 2 tahun aku bermula lagi disini..
selama 8 tahun disini.. aku memang sangat selesa disini..
biarpun ada dugaan dan cabaran, aku tabah jekkk..
janji masyukkk..
kalau lagi 2 thn takde keje, just dok umah jaga qaseh jelah..
no need to worries..
jadilah suri rumah..
so, start menabung skang..

aku jugak berhajat nak sambung belajar..
Master in.... tapi mcm liat jeeeee.. sbb 8 thn lebih ler dh tak blajo..
pastu aku ni jenis kena fokus satu benda.. kalau tak mule ler aku hilang fokus pada benda lain..

Rindu kat uum.. profile pic kat fb tulis i miss you..
YOU tu bukan person yee..
UUM... rinduuu.. tu lar dulu tak sabar nak kuar.. skangggg??
rindu2 an plak eh.

Aku rindu kolej Mas, pastu aktiviti jalan2 nak gi kuliah, berebut2 naik bas..pegi tasik petang2..
pegi kolej proton ada pakcik ensem slalu blanje makan, pastu rindu kenangan ngan kawan2.. ada sorg abg tu sukaaaa sangat kat kakak aku then die slalu lunch ngan aku.. apekah? ngorat adik dulu.. lamaaaa laa aku rase die lunch ngan aku.. sampai ada org kata kitorang couple..

tp aritu aku pm die kat fb, die diammm je. tahu ler retis skang.. huhu..

eh? tadi tajuk syukran kan?

Ok. aku bersyukur kerna diberikan peluang untuk bekerja lagi, untuk bernafas lagi dan mampu melihat anakku membesar didepan mata, aku terharu sbb qaseh sgt sayangkan aku dan mendengar.. syukur Ya Allah! aku masih disini..

job

aku keje dh hampir 7thn.. tanpa pernah menggangur.
tapi sejak akhir2 ni aku rase bakal menamatkan perjalanan karier aku disini.
keje dh kurang, kontrak plak bakal tamat end of march 20 12.

aku memulakan perjalanan karier pd thn 2004. ganti org maternity leave selama 6bln. keje 3 cabang keje yg berbeza. rileks 2 bulan, aku smbg keje pd mac 2005. kontrak 2 thn. end pd mac 2007. pastu cume disambung 6 bln. belum sempat abih kontrak utk sethn (kontrak selepas tu) aku mintak tranfer & naik exec. maybe rezeki qaseh cos aku pregnant 5bln mase tu. 2010, gaji aku naik 30% & kontrak 2thn.
skang fikiran agak runsing kerana memikirkan ttg ini. kalau diTakdirkan aku tidak selepas april 2012, aku redha. cuma, hidup kami mungkin tidak bleh senang spt dulu. kena hidup secara sederhana je. huhu. maksud aku senang tu, nak kuar mana2 pon bleh, sbb duit ada. pasni kena jimat2 lor. huhu.

Birthday Abah yang lalu...

Qaseh yg seronok bile Uda & pakcik dtg..

Ima, Man & Nasir tgh makan kepci..

Bersepah atas meja makanan.. jadik lar kan.. makan 7 org je..

Berkepam dalam pc aku dh sebenarnya.. tapi aku nak post jugak lar untuk kenangan bersama..erk. bersama sape eh. hik3.

Plan diatur sebulan sebelum. bagi duit kat man (adik ipor) suh belikan kepci, bg duit kat che long untuk tolong buatkan karamel & tolong hanta balik awal sket pada hari kejadian (1 April)..
so, aritu yg dtg cume, che long, man, ima (adik ipor) & lakinye, nasir. itu jer... tapi dh cukup untuk buat Mr. K terkezutttt...

Skali ada plak kehazaban terjadi. Kunci umah tertinggallll!!! emmmm.. aku dh cuak dh nie. sorok domino pizza dalam rak, pastu tunggu Mr. k balik. angkat meja, kemas sket. dok lar melangut ngan che long. nampak sangat mcm tunggu 3 stooges tu sampai. tapi mr. k tak perasan sangat mayb die ingat kitaorang tggu maghrib dulu baru nak santap.

lamaaaaaaaaaa lar plak adik2 ipar aku ni. jam 9 baru dtg. perghhhh.. takpelah. surprise lar jgk..idup chelseaaa... Mr. K tak makan tang muka die tu.. alih2 buang jer.. sayam tul..

Qaseh.. in action..




nengok ler gambo anak aku yg ada dlm pc ni...

hari bersejarah nie.. MR. K bawak aku & qaseh jalan2 pas aku terrrrpaksa balik dari team building kerana anakku sakit.. lihat dlm gamba cam segar bugar kannnn.. takpelah.. hati ibu..
mengalah demi anak.. tp syiokkk jugak laaa..

mula2 Mr. K blanje Kenny Rogers, pastu naik benda alah nie pusing2 tasik mines nie.. beshh.. pastu belikan aku kasut.. hohohoho.. kire berbaloi lar gak aku naik bas dr kuantan to kl.. meninggalkan kepoyo-poyoan di swiss garden.. takpelah..


*ibu tak keshahh* huhu..

Serabutsss

Counting daysss!!
Lagi 11 ari untuk pindah masuk kajang semula..
harap2 umah aku dh siap sepenuhnyaaa..
bukan tak best dok umah che long nie.. beshhh.. g ofis pon 5 min je.. cume malas gile aku nak buang sampahh. standard lar ada budak kecik.. dgn pampers banyak bagaii..


ni gamba sebelum reno.. berkepam umah aku neehhh.. dilahirkan pada tahun 1994..
aku beli thn 2007.. dpt lar owner merasa untung sekali ganda..
aku beli sbb corner.. kalau tak, tak nak aku..
aku dh pernah duduk umah teres setingkat jaman ritu.. thn 2001-2003 kat wakaf mek zainab..
mangaiii aiii.. panas giler.. tang dapur je sejuk sbb dh reno.. mak aku beli umah rm43k..jual balik rm100k.. hehehe.. tapi dh reno abes rm30k..
tak best pon dok umah tu.. bilik panas..dah lar kena berhimpit 4 bradik pompuan..
skang kami dh dok pasir mas.. umah sendiri.. aku dapat bilik sendiri [tu yg penting]

panjang plak cite pasal umah nieee..
umah kat kajang ni best gak sebenarnye.. sejukkk.. cume sempit sket untuk kami yang banyak barang nie.. setelah memujuk & membentak selama 3 tahun [huyooooo.. lama tu]
barulah hati kering Mr. K sejukkk.. stat 23 May aku dh reno umah tu..

nengok ler gamba selepas.. tak siap sepenuhnya lagikk..





dapur aku kasik extend.. bilik tmbh 2 kecik kat bawah.. ruang tamu extend gak..
atas tambah bilik air dan tambah balkoni..

ok lar kan..
sakit kepala.. tp hopefully dpt masuk 30hb nie..lastt..
pasni nak pose plak..

:D



Ragam Si Cilik

Situasi 1:

Baru pas mandi, tengah cari baju dan seluar dalam tong.

Ibu: Qaseh cari sendiri baju dan seluar apa yg qaseh nak pakai..

qaseh geledah2 dalam tong carik sluar baju.. alih2

Aceh: takde lar aju aceh.. emua abih dah.. suh abah li baru lar..

Ewah2.. pandai je kau eh. nak pakai baju cantekkkss jer..

*tapi aku suh gak die amik baju tdo..sok kite beli vaju varu ye cehhh...*


Situasi 2:

Ibu nak tidooo.. tapi budak kecik ni tak nak tutup lampu..di bukaknya lampu tepi kipas plak..

Ibu: tutup lar lampu tuu.. ibu nak doo niee...

die tutup lampu tu.. suh plak kite bukak lampu biasa.. aku bukak ler..
Saje nak perangatkan die..

Ibu: Ibu nak doooo nie.. tolong tutup lampu...

Qaseh: Aceh tak ampaiii... inggiiii.. abu ampaiiii.. ukak laaa..

*Qaseh tak sampai.. tinggi.. abu (ibu sebenarnye) sampai.. bukak laa...*

terkebil2 aku pastu.. dah pandai rupenye anak sulung aku yg baru umo 2thn setgh nie.. hehe..

Hipokrit

Susah kalau terpaksa berdepan ngan manusia jenis ni
Gelak plastik
Cakap cam plastik gak
Tak tahu ler apa yang ada dalam kepala otak die
Apa masalahnyee nie

Jealousy ke?

Jom gelak kuat2 kalau jeles kat aku..

Selama ni aku ingat die kawan yg aku bleh share everything.. sori dear.. mujur ler aku tak terbocor beberapa lagi rahsia negara kat die.. kalauuuu takkkk..

huhu.

Sahabat.. andai kau mengerti


Aku ni jarang benar update blog. Aku lagi suke blogwalking. Tengok post kawan2 maya yg sgt menarik. Emm.. arini aku nak cerita pasal sahabat. Dah lama rasenye aku tak kenal erti sahabat sejati. Dah berbelas-belas tahun.

Aku pelik kenapa org perlu mempermainkan usia aku. sedangkan aku tak pernah kisah pasal umur org. sbb bg aku tua atau muda korang semua, tetap aku layan sama saja. dah ini tak pernah berubah. kadang2 ada wanita yg rase tak best dan tergugat dgn stail selamba aku.

pening gak lar.. tp aku tetap profesional.. kalau org tu tak rapat ngan aku, dh tentu aku sound tepeks je.. tp kalau die baik ngan kite, kite buat perang psikologi sahaja.. biarkannn.. biarkann...

aku suka ada tempoh banned orang.. contoh.. kalau ada makcik cafe yg sombong ++ harga cekik darah.. aku akan bannedddd die sampai lar aku terasa nak makan masakan die..

perangai panas baran aku dh lama ilang sejak kawen nie.. tp tu lar.. aku akan diaaammmm sampai org hangin tgk aku.. dok je mengadap pc ni, surf internet, blogwalking..

:)

Abah yang prihatin...

Pagi tadi, dlm kereta..aku membuka cerita pasal isu di ofis.. dia kata tak perlu nak sakit kepala fikir.. janji tiap2 bulan dapat gaji dan kita bahagia dgn cara hidup kita..


Huargghhhh.. baru pas buat IPC.. mujur lar aku diberikan sedikit kekuatan untuk explain sket kat bos aku pasal IPC ni.. tetiba rase nak makan Secret Recipe kat Metro Point.. moh kite perabih duit malam ni bah..

Pasni aku dh bertukar workstation, new environment & new friend too.. actually bukan ler new friend, kawan2 yang memang pernah berkawan pon tapi akan dirapatkan lagi ler.. ngeh3..

aku start bwk balik barang2 aku arinie.. ngan tupperware yang banyak.. kertas2 yang nak direcycle.. emmm.. kalau resign camno lar gamaknya.. dah lar ari2 rasa mcm malas je nak datang keje..

huhu.. semalam ada org mintak share belikan bunga? mak rase pelik nyahhh... korang kalau buat makan2, sambut besday ke hape.. takde nak mintak mak topup bersama.. alih2 semalam.. rase terkezut pon ada.. sampai terlawas 3 kali mak semalam.. hehehhehe

Manusia oh manusia

.. aku pening dgn sikap segelintir manusia yang tidak reti bersyukur. Kenapa? tolong lar berfikir dgn positif. biarkanlah manusia lain sibuk mengejar apa yang dia mahu. Kalau tak suka bekerja, silakan berhenti. Tak perlu nak bising-bising. Bingit lar.

Qaseh.. kupinjam wajahmu..

Qaseh.. secomel namanye.. sabtu tu aku menjaganya (full-jaga).. kalau tak, suamiku yg akan membantu menjaganya..sementara aku membuat keje2 rumah.. bangun kul 10 pagi.. pastu, basuh baju, mop lantai, basuh baju qaseh.. suamiku meminta utk aku menjaga qaseh..tp aku bg tempoh sbb aku nak siapkan keje2 rumah terlebih dahulu...ku siapkan keje2 rumah sehingga lewat tengahari..kul 12..siap mandi sume.. skali tengok qaseh ngan abahnye tergolek tdo..emm.. aku? sambung tgk tv..sampai kul 1.30.. melihatkan struktur badan qaseh yg tidak betul ketika tdo, aku btulkan dan die terjaga..aku main2 ngan die dan susukan..abahnye bangun mandikan dan die tgk tv ngan aku.. abahnye kuar service keta..dalam 1jam 40min gak.. aku masukkan die dlm baby court sambil sembang2 ngan die.. sempat lar jgk aku habiskan baju2 untuk dilipat dan jahit kaki seluar abahnye.. bile die dh bosan, aku kuarkan dan main2 atas katil.. die memang sangat manja dan lasak..bile wiken je aku asik terbayang senyum manisnye..

finally..

Aku kawen bln 5 thn 2007..then after 11months idup berumahtangga baru aku disahkan pregnant... awal thn ni aku dapat cahaya mata perempuanku yg sangat comel n manja.. dah 7 bln dah pon.. banyak fasa perubahan yg berlaku pada waktu ini.. perubahan keje, gaji, tempat tinggal, corak kehidupan.. anyway, aku semakin bahagia skang dan makin tabah menghadapi liku-liku kehidupan..

Birthday Qaseh

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers